Sunday, October 9, 2011

Motivasi | 100 Perkara Terpenting Hidup !

Objektif: Memberikan pengalaman kepada peserta bagaimana mereka menentukan keutamaan
di dalam hidup.

Material: Pen dan kertas A4

Perlaksanaan:
1. Fasilitator mengagihkan pen dan kertas A4 kepada peserta.
2. Fasilitator memberi arahan,

Tulis 100 perkara yang kamu rasakan penting dalam hidup. Kamu diberikan masa
selama 30 minit bagi menyelesaikan tugasan. Kamu dibenarkan berbincang dengan
rakan kamu.”

3.Selepas 30 minit berlalu. Fasilitator memberi arahan selanjutnya,
“Kamu diminta memilih 10 perkara daripada perkara yang kamu senaraikan sebentar
tadi yang kamu anggap terpenting.”

4. Selepas peserta selesai memilih, Fasilitator memberi arahan lagi,
“Andai kata kamu berpeluang hidup seminggu lagi sahaja, pilih satu daripada 10 perkara
yang kamu anggap terpenting.”

5. Setiap pelajar diberi ruang untuk menceritakan pilihan mereka dan memberi hujah
mengapa ia dianggap sebagai penting.

Perbincangan:
1. Mengapa keutamaan kamu berubah?
2. Apakah faktor yang kamu pertimbangkan apabila menentukan keutamaan?

Nota Fasilitator:
Keutamaan dalam hidup dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Contohnya, orang muda
keutamaan hidupnya sudah tentu berbera dengan orang yang berusia. Orang yang susah
sudah tentu berbeza dengan orang yang senang.

Orang yang hidup sihat keutamaannya berbeza dengan orang yang diambang maut. Ada
keutamaan hidup kita yang berubah oleh kerana itulah keputusan terbaik yang kita perlu ambil.
Namun, dalam membuat keutamaan apa-apa pun ia perlu dilihat dalam kerangka Islam. Bukan
kerangka nafsu yang akan merosakkan diri dan masa hadapan di dunia dan akhirat.

Kesimpulan:
Pastikan sebelum membuat pertimbangan ia dinilai dan difikirkan sedalam-dalamnya. Lebih
penting kita membuat pertimbangan mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan.


*Dipetik daripada 50 Aktiviti dan Permainan Islami (Kumpulan Kecil)

No comments:

Post a Comment