Sunday, October 9, 2011

K.E.R.J.A.S.A.M.A. (Kemas Kini)


Objektif: Bekerjasama dalam menjalankan aktiviti yang melibatkan semua.

Material: Whiteboard dan Pen Marker

Perlaksanaan:
1. Peserta beramai-ramai memegang pen marker.
2. Fasilitator memberi arahan,
“Anda diminta menulis perkataan KERJASAMA sebesar mungkin pada permukaan
whiteboard.
Jika ada ahli kumpulan yang terlepas marker, 1 markah akan ditolak.”
3. Selepas kumpulan selesai menjalankan tugasan. Bincangkan aktiviti yang baru
dilakukan sebentar tadi.

Perbincangan:
1. Apakah perkara yang paling susah dalam menyelesaikan tuga san ini?
2. Mengapakah ada di kalangan peserta yang terlepas marker? Bagaimana ia boleh
dikurangkan?
3. Adakah ketinggian mempengaruhi dalam tuga san ini? Bagaimana ia boleh diatasi?

Nota Fasilitator:
Organisasi terdiri daripada pelbagai jenis orang. Ada yang mempunyai kelebihan dan ada juga
yang mempunyai kekurangan. Namun, organisasi perlu saling lengkap melengkapi dalam
memastikan kejayaan satu tuga san kuempulan.
Dalam menjalankan aktviti tadi sudah tetntu ada diantar kamu terpaksa berhimpit, berjengket,
dan mungkin sedikit sakit. Namun, itulah kerjasama setiap anggotanya perlu berkorban sediki
demi mencapai kejayaan yang hebat.

Kesimpulan:
Wonderpet: Apa yang penting? KERJASAMA!

*Dipetik daripada 50 Aktiviti dan Permainan Islami (Kumpulan Kecil)

No comments:

Post a Comment