Thursday, August 25, 2011

Nuqaba'

Nuqaba’

“Jadilah seorang yang membuat perubahan dalam hidup seseorang.”


Menjadi naqib(ah) adalah satu anugerah pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup kita. Ia juga menjadi salah satu perkara yang paling mencabar.


Hubungan: Asas kepada Usrah

Segala impak yang ingin kamu berikan kepada adik-adik usrah kamu semuanya bermula dengan hubungan. Hubungan adalah asas kepada usrah yang berjaya. Menjalin hubungan yang kukuh mengambil masa dan menguji kesabaran. Hubungan yang baik bukan dibina atas dasar berkongsi rahsia, tetapi melalui empati dan memahami. Dalam hubungan ini, memerlukan saling mengambil berat, respect dan memahami. Ia menjadi fokus dalam menjamin pengendalian usrah yang berjaya.



Tingkap Johari


Kunci bagi sesuatu hubungan terletak pada percaya. Jangan menganggap adik-adik usrah kamu begitu mudah untuk percaya kepada diri kamu pada perjumpaan pertama. Sepertimana hubungan yang lain, kamu perlu memberikan adik-adik usrah kamu masa bagi menanam kepercayaan kepada kamu dalam diri mereka. Umpama biji benih, memerlukan masa bagi bercambahnya akar untuk memegang tanah. Masa demi masa yang berlalu menguatkan lagi cengkaman akar kepada tanah. Tingkap Johari adalah model bagi menggambarkan proses ini.


Tingkap Johari: Proses Pendedahan Diri dan Memahami Manusia dalam Perhubungan.

Tingkap Johari merupakan salah satu model yang berguna dalam menjelaskan interaksi manusia. Ia memudahkan kita memvisualkan empat tahap yang wujud dalam hubungan kita. Dalam setiap tahap perhubungan, sesetengah maklumat boleh dikongsi atau dielakkan daripada dikongsi, terpulang kepada kebolehpercayaan kita terhadap seseorang. Maklumat berkenaan diri dan penafian berubah mengikut masa yang kita habiskan bersama-sama mereka. Peningkatan atau penurunan amaun kebolehpercayaan kita kepada seseorang dipengaruhi oleh hubungan. Apa yang kita peroleh mengenai diri seseorang sebahagian besar adalah daripada pendedahan diri dan komunikasi interpersonal.

The Open Pane menunjukkan diri kamu yang terbuka. Ia mengandungi maklumat tentang diri yang kamu tunjukkan atau disedari. Pada pertemuan pertama, hanya sedikit sahaja yang didedahkan.. Tetapi, semakin banyak masa yang diluangkan bersama dan semakin mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara yang dikongsikan. Nama, ciri-ciri fizikal, umur, bidang pengajian, kesukaan dan tidak suka adalah contoh maklumat yang dikongsikan.

The Blind Pane menggambarkan bahagian diri kamu yang kamu sendiri tidak sedar. Ia mengandungi maklumat tentang diri kamu daripada pandangan orang lain. Ramai orang yang tidak sedar kesalahan ataupun kelebihan mereka.

The Hidden Pane ialah pengetahuan diri yang terlindung daripada orang lain. Ia mengandungi maklumat yang kamu tahu tentang diri kamu, tetapi tidak mahu diketahui oleh orang lain. Kita sangat memilih dalam berkongsi maklumat dalam perkara ini. Jika hubungan semakin akrab, kita akan berkongsi lebih banyak maklumat. Contoh perkara ialah saat memalukan, ketakutan, atau peristiwa yang paling disesali.

The Unknown Pane ialah maklumat berkenaan diri yang kamu dan orang lain tidak sedari. Pendidikan dan pengalaman hidup akan membantu mengenalpasti misteri ini. Perkara yang kamu rasa tidak mampu lakukan dan reaksi kamu pada insiden yang kamu tidak pernah jangkakan.

Apabila kita mendapat kepercayaan dari seseorang atau memberi kepercayaan kepada seseorang, kawasan yang digambarkan pada open dan hidden berubah. Apabila kesedian untuk pendedahan diri meningkat, manusia akan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang diri, yang lebih menarik mereka menemui maklumat diri mereka daripada pandangan orang lain.

1 comment:

  1. knp x da follower...
    senang sikit nak update info2 tngtg nuqaba ke usrah ke

    ReplyDelete